16 Mac 2012
Jumaat
0649
Entah kenapa, dalam kereta tu lepas penat buat housework gaduh dengan kakak. Mulut celupar bukan main lago. Tapi dalam hati rasa memanjang betul. Iyalah, ego lebih. Kononnya, kakak yang mulakan. Biasanya, kalau gaduh, tak pernah ada istilah siapa mula siapa akhir. Sebab masalah tu timbul oleh dua pihak. Takkan berbunyi kalau sebelah tangan saja yang menepuk.
Sambung cerita. Lepas gaduh, minta Ayah drop kan dekat mana-mana. Nak balik rumah sendiri sebab tak boleh tahan dengan orang yang kita benci dalam kereta. Tengok-tengok, Ayah tak berhenti kat mana-mana pun. Lawan arus katanya.
Ah, bertambah amarah. Terus sahaja pack apa yang patut dan lari dari rumah. Standard betullah tu.
____________________________________________________________________
Gaduh dengan famili memang tak patut. Sebab sepatutnya dioranglah tempat kita bergantung especially kalau kita ada masalah.
p/s : Sayang famili saya.
Friday, 16 March 2012
Thursday, 15 March 2012
Sekolah
15 Mac 2012
Khamis
0758
Kali ini, dari pengembaraan kapal angkasa yang invisible dan stealth sehinggalah ke ladang koboi, bertukar scene pula ke sebuah shopping mall. Apa yang ada pada aku waktu itu adalah sebuah kapal angkasa mainan keluaran terbaru. Semangat betul nak tunjuk dekat orang.
Jadi, aku putuskan, skip saja sekolah, keluar dari mall tu pastu terus cari kawan nak main kapal terbang. Hahah. Budak jahanam betul. Punyalah cari jalan nak keluar dari situ daripada kena tangkap dengan jaga dan parents. Berdebar siot.
Akhirnya, lepas juga. After a few hours, of course. Penat. Lepas tu tiba-tiba, it strikes me back. Aku teringat balik yang aku ni sebenarnya 18 tahun. Mana ada sekolah dah! Gilo.
____________________________________________________________________
Sampai sekarang selalu sangat mimpi umur underage. Ah, susahlah macam tu. Nak keluar mana-mana macam boleh kena tangkap dengan polis, kena humban masuk van, lepas tu masuk lokap sebab ponteng sekolah. Tapi bila fikir-fikir balik, baik kena tangkap camtu daripada kena tangkap buat salah lain waktu umur dah 18. Boleh masuk penjara dowh. Dah bukan kategori juvenil dah. Kot? Hahah.
p/s : Apa-apa pun, life mesti enjoy. Gila kau ada kapal terbang edisi terbaru dan tercanggih tapi nak buat sarang labah-labah je? No way!

Tuesday, 13 March 2012
Lupa
13 Mac 2012
Selasa
1413
Kali ini seronok sedikit. Ada trip sekolah ke sebuah resort cum wetland. Peristiwa yang signifikan ialah semasa menaiki eskalator. Borak dan main-main dengan kawan untuk masa yang sedikit itu terasa sungguh bermakna. Biasalah, cherish every moment you joy, right?
Tapi, selesai saja menaiki eskalator, aku lumpuh dan pengsan dalam hujan yang membanjir. Lunak pula rintik hujan yang menitis. Ah, syahdu sungguh.
*Aku bermimpi tentang seorang budak kecil. Pedofilia kah? Hahah.
Bangun dari tidur, terus sahaja ku hilang ingatan. Ku raba seluar ku mencari kunci bilik. Mujur juga ada. Tetapi segala-galanya terasa berlainan. Langkah terus ku gagahi menuju ke bilik yang entah di mana. Dalam menuju ke destinasi, terasa seperti melintasi seseorang yang mengambil hartaku.
Dia menghembus delusi asap yang bermain di mindaku. Lantas tercipta memori halus bahawa itu benar-benar cigar ku. Barang ku dicuri kah? Aku cepat-cepat berlalu mencari bilik dengan bantuan rakan yang turut sama excited melihat ku hilang ingatan.
Akhirnya, ketemu juga sama bilikku. Kawan sebilik yang membuka pintu membuatkan aku terasa lega. Bilik masih kemas, barangku sudah pula disusun atur. Oleh siapa? Aku, barangkali. Dia pula, si mata sepet kelihatan gembira melihat aku kembali ke ruang kamar.
"Hey, Faiz!" Sapanya yang penuh rasa girang.
Aku pula hanya teruja. Ingin menitip, apa yang sudah ku lupa, dalam detikan waktu yang berlalu pergi. Kerana terasa bahagia. Dan juga sengsara. Bodoh!
____________________________________________________________________
Bangun saja, dalam keadaan terasa bangang. Boleh pula ku pengsan dan lupa dalam mimpi.

Tuesday, 21 February 2012
Rompak
22 Februari 2012
Selasa
0546
"Weh, aku tak suka betul dengan bapak aku." J tetibe je cakap sambil jalan mundar mandir. Gelisah betul budak sorang ni.
"Kenapa?" Aku tanya
"Aku minta nak jumpa dia, tapi dia tak nak jumpa aku..." Dia terhenti sekejap.
"... Aku cuma nak minta tolong dia sebab aku rasa rumah kita ni macam nak kena rompak je..." Sambungannya itu buat aku terkedu.
"... Aku dapat hint."
Apa yang aku sedar lepas tu, dia yang dah macam cacing kepanasan terus blah. Aku pulak tak percaya apa dia cakap. Kononnya, dia dapat hint daripada perompak tu sendiri. Bajetlah perompak nak bagi hint, dowh. Aku pun tidur. Nyenyak.
"Klak klak." Bunyi bising datang dari depan.
Aku yang terbangun dari tidur terus jenguk dari bilik. Terperanjat kot nampak ada tiga orang asing dalam umah sendiri. (Chewah, 'orang asing'. Hahah. Tapi bukan foreigner. Maksudnya orang yang aku tak kenal tau). Ada seorang lelaki, dua perempuan. Silap, seekor jantan, dua betina. Orang-orang macam ni, layak dipanggil binatang je.
Tau tau, diorang tengah gaduh sebab takde barang berharga dalam rumah ni. Aku teringat J dan terus tersenyum. Pandai jugak mamat tu. Tapi... barang-barang dalam bilik aku lak camne?
Bila je diorang naik tingkat dua balik aku terus cabut keluar. Punyalah kena kejar. Nak harapkan Indon yang lalu lalang buat panggilan kecemasan, hampeh. Diorang tak tahu apa nak buat. Sambil lari, sambil call.
First time try call, tak dapat. Tertekan nombor pelik-pelik. Tangan shaky sangat. Parkinson sungguh.
Second time pulak, aku tweet. "#police tolong" tapi tak tahu nak tweet atau tag polis camne. Serius.
Third time aku nak try, dah nampak salah seorang perompak tu betul-betul belakang aku dan akhirnya dia berjaya tangkap aku.
Aku tak kisah pun. Sebab aku penat dan terkejut sangat. Hahah.
____________________________________________________________________
p/s : Tidur tak bermaksud rehat especially bila kita bangun termengah-mengah.

Sedar, sedar, aku dah bangun dari tidur. Air liur meleleh. Bodoh. Malu.
Pesanan untuk parents, next time, spend time with your children.
If it's not for their sake's, at least please do it for your's
Or me. Aku dah hampir nak kena bunuh tu bro.
p/s : Tidur tak bermaksud rehat especially bila kita bangun termengah-mengah.
Monday, 20 February 2012
Blogception
20 Februari
Isnin
0830
Hari ini aku tulis blog. Blogception. Mudah. Itu saja. Kalau tak faham, takpe, aku faham kenapa.

Adios, chow chow.
Sunday, 19 February 2012
Kantin
19 Februari 2012
Ahad
0522
Dalam perjalanan dari kantin ke teratak, aku ternampak seorang member perempuan. Aku berhenti dan terus drop by dekat sana sambil letak makanan aku atas meja batu.
"Hey E, aku baru beli nasi dengan ikan keli dekat kantin."
"Oh, iya ke Faiz?" (tak adalah, aku tipu je. bekas makanan aku bawak ni memang aku tak isi apa pun, semut api adalah, nak? =.=)
Taknak havoc punya pasal sebab dia sensitif sikit, terus je aku bukak bekas polystyrene aku semata-mata nak show off. Padahal ikan keli je kot. Betul-betul meleleh siot bila dia pandang.
"Err. Nanti-nantilah aku pergi." Sedap mana pun, malas dia lagi hebat. Biasalah, perempuan.
Dia tak tahu, sekolah dah ada mak cik kantin baru. Yalah, sebelum ini kita dah biasa makan nasi kepala ayam, nugget lipas dengan air perisa serangga. Taubat semua orang bila kena batang hidung sendiri. Tapi macam mana pun, semua tak boleh nak nafi, harga makanan dekat kantin dengan dunia luar memang jauh beza.
Macam dah target dari awal, besar nanti, sebelum pergi kerja, aku akan hantar anak aku pergi sekolah, boleh bajet ayah mithali. Sedangkan, sebenarnya aku nak seludup masuk beli nasi goreng yang masih 'hot from oven' dengan harga satu ringgit sebungkus. Hah, mana kau nak dapat harga camtu kalau bukan kat kantin?
Berbalik kepada cerita tadi, aku nampak budak form 3 dan form 5 tengah belajar. Siap pakai baju uniform full tu. Woah, hahah.
____________________________________________________________________
Aku terjaga sambil berkata dalam hati:

Padan muka. Baru kau tahu penat lelah aku tahun lepas.
Orang tengok Rango dekat wayang, aku hempas-pulas siapkan modul add math yang dah macam Mission Impossible tuh.
Saturday, 18 February 2012
Duit
18 Februari 2012
Selasa
0714
Kaki aku berjalan sejak dari tadi sebab tengah cari kedai mana yang bukak. Hati sudah kepingin banget nak beli air Mirinda. Tapi banyak kedai dah nak tutup. Lagipun dah tengah malam sangat. Semangat je.
"You bukak kedai tak?" Aku asyik ulang soalan sama.
"Sorry, we're closing" Jawab ketiga-tiga owner kedai Cina.
Last-last, jumpa satu kedai Melayu. Entah kenapa, tergerak hati yang pencarian aku akan selesai di sini.
"Akak, boleh saya beli air?"
"Boleh" Dia senyum sambil kira duit dekat kaunter. Bertimbun doh. Mahu aku ambil segenggam, confirm tak perasan.
Fokus balik dekat pembelian air. Aku pun apa lagi, terus view fridge kecil yang transparent bawah counter. Cari air Mirinda tapi tak jumpa. Tapi nak beli jugak. Dahaga kot. So, mata pun meliar jelah cari air botol yang entah macam mana ada dalam fridge dalam display counter tu. Zaman betul-betul dah berubah.
"Nak air Kickapoo" Minta air tu excited sikit sebab first time pronounce Kick-a-poo. Macam bodoh. Tambah lagi, ada Mamat kat sebelah ni dok tengok je aku.
"Tapi kak, saya ada duit ni je." Sambil tunjuk not RM50. Dengan harapan dia taknak duit besar jadi dia akan kata sesuatu seperti:
"Oh, tak apalah, bayar nantilah adik kalau datang lagi sekali."
Jadi, tak payah bayar. Sebab dia kata perkataan 'kalau'. Maksudnya, kalau tak datang, tak payah bayar. Hahah. Tapi tak, dia tak cakap macam tu pun.
Dia senyum je. Aku sebenarnya malas nak pecahkan duit sebesar tu semata-mata demi air botol kecik macam tu. Tapi nak buat macam mana, aku hulurkan je dan dia pulak terima. (Buat siapa yang tak tahu, itu proses jual beli, namanya).
.
Bila Akak tu pulangkan baki, dia bagi duit pecah dua not RM10, satu not RM5 dan banyak gila not RM1. Nah! Tadi nak segenggam sangat, sekarang ambik kau. Aku cuba kira tapi tak habis sebab kemalasan. Atas dasar 'kepercayaan', aku terus lipat duit penuh segenggam buku lima, seluk dalam saku dan terus berambus, chow. Dalam hati pulak:

Celaka punya owner.
*baru perasan, Akak tu tak cakap apa pun lepas satu perkataan dia ucap first sekali. Lepas tu, senyap bukan main. Entah macam mana kedai dia nak laku. Tapi macam orang selalu kata:
"Senyum, tak perlu kata apa-apa."
**aku rasa, Mamat sebelah tadi kawan aku sebab dia pun ikut aku keluar sama.
____________________________________________________________________
Bangun tidur : Tergerak hati nak check wallet. Tapi atas dasar 'kepercayaan', aku sambung baring lepas tidur yang penat. Bajetlah wallet aku full dengan not RM1. Pleaselah, kalau tak, aku dah siat-siat owner celaka perangai burok camtu. PEACE.
Subscribe to:
Posts (Atom)