13 Mac 2012
Selasa
1413
Kali ini seronok sedikit. Ada trip sekolah ke sebuah resort cum wetland. Peristiwa yang signifikan ialah semasa menaiki eskalator. Borak dan main-main dengan kawan untuk masa yang sedikit itu terasa sungguh bermakna. Biasalah, cherish every moment you joy, right?
Tapi, selesai saja menaiki eskalator, aku lumpuh dan pengsan dalam hujan yang membanjir. Lunak pula rintik hujan yang menitis. Ah, syahdu sungguh.
*Aku bermimpi tentang seorang budak kecil. Pedofilia kah? Hahah.
Bangun dari tidur, terus sahaja ku hilang ingatan. Ku raba seluar ku mencari kunci bilik. Mujur juga ada. Tetapi segala-galanya terasa berlainan. Langkah terus ku gagahi menuju ke bilik yang entah di mana. Dalam menuju ke destinasi, terasa seperti melintasi seseorang yang mengambil hartaku.
Dia menghembus delusi asap yang bermain di mindaku. Lantas tercipta memori halus bahawa itu benar-benar cigar ku. Barang ku dicuri kah? Aku cepat-cepat berlalu mencari bilik dengan bantuan rakan yang turut sama excited melihat ku hilang ingatan.
Akhirnya, ketemu juga sama bilikku. Kawan sebilik yang membuka pintu membuatkan aku terasa lega. Bilik masih kemas, barangku sudah pula disusun atur. Oleh siapa? Aku, barangkali. Dia pula, si mata sepet kelihatan gembira melihat aku kembali ke ruang kamar.
"Hey, Faiz!" Sapanya yang penuh rasa girang.
Aku pula hanya teruja. Ingin menitip, apa yang sudah ku lupa, dalam detikan waktu yang berlalu pergi. Kerana terasa bahagia. Dan juga sengsara. Bodoh!
____________________________________________________________________
Bangun saja, dalam keadaan terasa bangang. Boleh pula ku pengsan dan lupa dalam mimpi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment