Friday, 16 March 2012

Lari

16 Mac 2012
Jumaat
0649




 Entah kenapa, dalam kereta tu lepas penat buat housework gaduh dengan kakak. Mulut celupar bukan main lago. Tapi dalam hati rasa memanjang betul. Iyalah, ego lebih. Kononnya, kakak yang mulakan. Biasanya, kalau gaduh, tak pernah ada istilah siapa mula siapa akhir. Sebab masalah tu timbul oleh dua pihak. Takkan berbunyi kalau sebelah tangan saja yang menepuk.



 Sambung cerita. Lepas gaduh, minta Ayah drop kan dekat mana-mana. Nak balik rumah sendiri sebab tak boleh tahan dengan orang yang kita benci dalam kereta. Tengok-tengok, Ayah tak berhenti kat mana-mana pun. Lawan arus katanya.


Ah, bertambah amarah. Terus sahaja pack apa yang patut dan lari dari rumah. Standard betullah tu.


____________________________________________________________________


 Gaduh dengan famili memang tak patut. Sebab sepatutnya dioranglah tempat kita bergantung especially kalau kita ada masalah.


 p/s : Sayang famili saya.

0 Comments: