Selasa
0714
Kaki aku berjalan sejak dari tadi sebab tengah cari kedai mana yang bukak. Hati sudah kepingin banget nak beli air Mirinda. Tapi banyak kedai dah nak tutup. Lagipun dah tengah malam sangat. Semangat je.
"You bukak kedai tak?" Aku asyik ulang soalan sama.
"Sorry, we're closing" Jawab ketiga-tiga owner kedai Cina.
Last-last, jumpa satu kedai Melayu. Entah kenapa, tergerak hati yang pencarian aku akan selesai di sini.
"Akak, boleh saya beli air?"
"Boleh" Dia senyum sambil kira duit dekat kaunter. Bertimbun doh. Mahu aku ambil segenggam, confirm tak perasan.
Fokus balik dekat pembelian air. Aku pun apa lagi, terus view fridge kecil yang transparent bawah counter. Cari air Mirinda tapi tak jumpa. Tapi nak beli jugak. Dahaga kot. So, mata pun meliar jelah cari air botol yang entah macam mana ada dalam fridge dalam display counter tu. Zaman betul-betul dah berubah.
"Nak air Kickapoo" Minta air tu excited sikit sebab first time pronounce Kick-a-poo. Macam bodoh. Tambah lagi, ada Mamat kat sebelah ni dok tengok je aku.
"Tapi kak, saya ada duit ni je." Sambil tunjuk not RM50. Dengan harapan dia taknak duit besar jadi dia akan kata sesuatu seperti:
"Oh, tak apalah, bayar nantilah adik kalau datang lagi sekali."
Jadi, tak payah bayar. Sebab dia kata perkataan 'kalau'. Maksudnya, kalau tak datang, tak payah bayar. Hahah. Tapi tak, dia tak cakap macam tu pun.
Dia senyum je. Aku sebenarnya malas nak pecahkan duit sebesar tu semata-mata demi air botol kecik macam tu. Tapi nak buat macam mana, aku hulurkan je dan dia pulak terima. (Buat siapa yang tak tahu, itu proses jual beli, namanya).
.
Bila Akak tu pulangkan baki, dia bagi duit pecah dua not RM10, satu not RM5 dan banyak gila not RM1. Nah! Tadi nak segenggam sangat, sekarang ambik kau. Aku cuba kira tapi tak habis sebab kemalasan. Atas dasar 'kepercayaan', aku terus lipat duit penuh segenggam buku lima, seluk dalam saku dan terus berambus, chow. Dalam hati pulak:
Celaka punya owner.
*baru perasan, Akak tu tak cakap apa pun lepas satu perkataan dia ucap first sekali. Lepas tu, senyap bukan main. Entah macam mana kedai dia nak laku. Tapi macam orang selalu kata:
"Senyum, tak perlu kata apa-apa."
**aku rasa, Mamat sebelah tadi kawan aku sebab dia pun ikut aku keluar sama.
____________________________________________________________________
Bangun tidur : Tergerak hati nak check wallet. Tapi atas dasar 'kepercayaan', aku sambung baring lepas tidur yang penat. Bajetlah wallet aku full dengan not RM1. Pleaselah, kalau tak, aku dah siat-siat owner celaka perangai burok camtu. PEACE.
0 Comments:
Post a Comment